Memandangkan esok dah nak start cycle baru yang kelas dari pagi sampai ke petang, jadi rajinkan diri sikit nak share ilmu kecantikan. Misi yu sebenarnya bukan sahaja nak menjual, tapi yu suka kalau kalau yu dapat educate dan share ilmu yang yu tahu. Menjual nombor dua.
Siapa je yang tak suka bila dapat membantu orang dan lagi excited bila berkesan. omg, i loike !
Hari ni pula ada orang tanya yu, kenapa selalu lepas cuci muka, kulit akan rasa terik dan tegang sangat? Yes, dulu2 pun yu pernah rasa benda ni. Tetapi masa tu yu terdiri dalam kalangan mereka yang bangga sebab kulit iolls tegang, so takde kedut2 hokey ( flip tudung)
Nak tahu satu fakta x? Tubuh badan kita sangatlah unik dimana Allah ciptakan untuk bertindakbalas dengan apa-apa sahaja yang tidak menyihatkan tubuh kita.
Sama juga seperti kita cuci muka. Bila kita menggunakan pencuci muka yang mengandungi ph yang rendah, ini akan menyebabkan kulit kita jadi terik dan tegang.
Sebenarnya definifi tersembunyi disebalik terik dan tegang ni adalah kulit kita menjadi sangat kering sebenarnya sebab pencuci muka jenis ph rendah ini bukan sahaja membuang kotoran kat muka, tapi menghilangkan kelembapan kulit yang semula jadi ada.
Untuk mengawal balik kulit yang dah sangat kering, kulit kita akan bertindak balas dan menghasilkan minyak secara berlebihan.
Jadi, kita bukannya mengurangkan masalah kulit berminyak seperti yang kita dok banggakan, tapi mengundang lagi masalah kulit yang lain.
Bila kulit muka berminyak, datanglaa jerawat and the gang melawat anda tanpa diundang.
Jadi kesimpulanya....
SALAH : rasa tegang tanda muka bersih.
BETUL: itu tanda pencuci tu kuat dan lembapan kulit hilang.
Jadi kulit akan mengeluarkan lebih banyak
minyak untuk menggantikan lembapan yang hilang tu.
maknanya kat sini kulit akan jadi lebih berminyak dari biasa.
BETUL: itu tanda pencuci tu kuat dan lembapan kulit hilang.
Jadi kulit akan mengeluarkan lebih banyak
minyak untuk menggantikan lembapan yang hilang tu.
maknanya kat sini kulit akan jadi lebih berminyak dari biasa.
Cepat fikir balik logik yang kakyu bagi ni. betul ke idok?