Lately ni ramai sangat yang sedih meratap-ratap bila muka tetiba breakout dan jadi sangat horror bila dok depan cermin tengok muka sendiri. Alasannya tak lain tak bukan jatuh kepada local produk. Persoalannya betulkah apa yang dicakapkan oleh mereka?
Satu soalan nak tanya, kalau satu produk sesuai untuk semua jens kulit kenapa tercipta beribu2 jenis produk? ada terfikir x?
Jangan disebabkan setitik nila rosak susu sebelanga.
Kenapa muka boleh jadi breakout?
Pertama sekali nak tegaskan punca muka breakout ni TAK SEMESTINYA berpunca daripada skincare korang guna. Banyak lagi punca-punca lain yang boleh menyebabkan berlakunya breakout. Antara yang kakyu sendiri alami, kakyu jenis yang tak boleh ngam dengan apa-apa skincare yang jenis oil-based. Tak kira serum ke moisturiser ke kakyu memang tak ngam dengan oil-based product.
Kawan kakyu pulak, semua skincare yang dia guna brand mahal-mahal aje. kakyu hanya mampu jeles sorang-sorang je dalam hati. Tapi muka akan jadi breakout bila dia start makan diary product je memanjang. Bila dia control, terus muka dia cun balik.
Groupmate kakyu sorang ni dia alahan dengan bulu kucing, asal main dengan kucing start laa dia sneezing non stop. Kulit dia akan jadi gatal-gatal dan merah. Bila oke balik, hari-hari kakyu jeling kulit dia flawless glowing sangat. Merelip je tengok dari tepi.
So, kesimpulannya jangan cepat nak salahkan skincare, first thing first make sure kenal dulu kulit awak macam mana. Kalau awak sendiri takkenal kulit awak, macam mana nak rawat?
Pemakanan! Sekarang ni jenis hipsturr-hipsturr makan benda manis-manis, berminyak ( patutlaa gegadis sekarang bukan main manis kakyu tengok ). Nak tanya, air mineral berapa kali minum sehari? Awak consume benda manis-manis, berminyak, berlemak bukan setakat boleh menyumbang breakout tau, boleh jugak jadi punca penyakit.
Lagi satu belajar minum air mineral banyak-banyak supaya kulit awak lembab je selalu. Kawan-kawan kakyu yang cina semua kulit cantik-cantik takde jerawat. Takpernah miss air mineral dalam satu hari. Kita melayu je hipsturr sikit minum air kat kedai je kan?
Nak guna skincare, tahu kulit awak jenis berminyak ke kering ke berjerawat ke atau combined. Dari sini baru start mencari product-product yang sesuai dengan kulit. Jangan sesuka hati je main bedal semua yang menawan dilata. Sesuai untuk orang lain taksemestinya sesuai dengan kita.
Haaaaa... lagi satu trend sekarang trend makeup. Budak sekolah sekarang kemain mekap dia. Kakyu dulu ke sekolah nak main je banyak bila jumpa geng. Muka toksah cakap memang takde rupa. Tapi taksalah pun, Islam pun suka kecantikan apa. Tapi, berhati-hati nak membeli barang mekap yee.. Kalau kakyu sendiri, kakyu takleh pakai lipstick yang rm10 tu, bukan nak gebang, tapi bila pakai, esoknya memang biru bibir kakyu.
Dan..... jangan lupa brush mekap tu rajin-rajinkan jugak cuci yee, jangan rajin mekap je. Kebersihan pun penting kena jaga untuk mengelak breakout kat muka nanti.
Ni ada sedikit sebanyak info. Rajin-rajinkan baca yee
Sekian bebelan harini.
Thank you sudi bace.. ihiksss
No comments:
Post a Comment